Khamis 
14/03/2013


 1- Pastikan "selendang" sebelah panjang dan pendek(ikut keselesaan )

2- bahagian panjang selendang mengikut gambar

3- Ambil jarum peniti dan sematkan jarum di sebelah kanan selendang.

4- Same juga ambil jarum peniti dan sematkan di bahagian kiri selendang.

5- Ambil bahagian panjang selendang dan ambik bahagian dalam selendang .

6-Bawa keatas dan lilit bahagian sebelah

7- Gunakan jarum peniti

8- Dan sematkan jarum anda kebahagian yang anda lilit tadi 

9 -Gunakan Pin Bunga ( Ape-ape pun boleh ) 

10-Ambil bahagian pendek selendang 

11- Dan bentukkan ia seperti dalam gambar  dan butangkan pin cantik tadi.

12 - Kemaskan belakang...

DAN..... Siap


                 

Koleksi status saya


Sabtu
09/03/2013



- Makan ABC kat gerai tepi jalan , Toi-toi burung jatuh , " Wow ABC aku special ni " , Makan sampai licin, 
Sedapp

- Snap Gambar Delete + Snap Gambar Delete + Snap Gambar Delete + Snap Gambar Delete + Snap Gambar Delete + Snap Gambar Delete . Biasala perempuan . Lelaki pun ade what ? 

- Pernah tak buat macam ni *Mase Sekolah* Cikgu mengajar , Bosan, Conteng meja , tulis nama crush , Kawan sebelah tak perasan.

-Perempuan kalau dia dah kata "SAYANG", itu maksudnya dia memang betul2 sayang. Sebab perkataan " SAYANG" bagi dia memang tak boleh dibuat main. "SAYANG" untuk orang tertentu. Lebih tepat untuk yang halal sahaja.

- Hati gadis mana tak cair apabila mendengar suara lelaki membaca Al- Quran dengan merdu .

- Lelaki tak akan sampai hati nak pukul perempuan. Kalau dia pukul pun sama ada dia gila takpun lelaki tu tak tahan dengan perangai gila perempuan tu..


- Oke buat ayat guna " PUDAR" . volunteer? "A: kurasakan pudar dalam hatiku..... lalalala. xD.

- Lagu yang paling sedap saya dengar adalah azan.Suara yang  paling sedap saya dengar adalah orang yang melaungkan azan.

- *Kantin sekolah* Berebut-rebut beli roti , terpegang tangan crush dengan tangan kanan , Makan roti dengan tangan kiri.

- 


I Love Tomato and timun



Selasa
05/03/2013


Assalamualaikum...
Nak cerita sikit pasal sayur-sayuran ni.. Kenapa ramai diantara kita tak makan sayur.. Ada yang cakap makan sayur pelik la..macam2 lagi la. Bila dengar balik diorang cakap macam tu kelakar la pulak.Ade yang cakap "Tu rumput" hahahaha... nak tergelak aku.
Antara banyak-banyak sayur aku suka makan tomato dan timun..  
Sayur yang paling aku tak suka sawi , kacang panjang, lobak putih,Yang penting TOMATA DAN TIMUN kegemaran aku..huhu.



simple shawl tutorial by -linda isa-


           


                               Simple shawl tutorial.Linda kalau nak keluar jauh2 memang pakai style selendang macam ni..Nampak bergaya dan rasa yakin nak keluar.Tapi kadang2 kalau malas sangat, pakai tudung bawal je.. Malas nak lilit sana lilit sini. Tapi style yg linda tunjuk ni memang senang nak buat..


                       

                           

memang ramai yang dah tahu style ni... Linda buat ni pun sebab x ade bende yang linda nak buat.Linda nak tunjukkan ape yang linda suka dan seronok.. 

sahabat tersayang






Korang sayang tak kawan2 korang.Mestilah sayang kan? Aku sayang sangat dengan diaorang.Tak kira sape yang jadi kawan aku , aku akan sentiasa ingat kat diaorang.Jangan cakap aku sombong,lupa diri.Aku tak suka . Kita semua pun masing2 jauh , busy , masing2 ade hal . So susah untuk berjumpa.

Tapi kitaorang masih boleh berhubung..Tapi nak bandingkan kawan lelaki dengan perempuan ,aku lebih ramai kawan perempuan. Bukannya apa.. aku just tak tau apa nak cerita , sebab cerita lelaki ni berbeza dengan perempuan, so aku tak le nak masuk.. Nanti aku cepat mengarut kalau depan diaorang.Aku ni kasar sikit dengan lelaki.. Tak macam perempuan yang gedik2 tu.. Manja sikit adela.Tipula kalau perempuan x ade sifat manje kan?uhu~

Aku sayang diaorang...

I want to be a fashion designer



selasa
19/2/2013


Aku minat sangat melukis baju.. so aku nak sangat  jadi pereka fesyen yang berkebolehan.Impian aku,suatu hari nanti nak buka butik atas nama aku sendiri.OMG ..dapat aku bayangkan.Ada jugak aku cari nama untuk butik aku nanti..(Lindaisa's boutique , HLI butik , LINISA BUTIK ) tak sabar2 rasanya..Dengan doa, aku nak berjaya sangat.. Semoga impian aku menjadi kenyataan.






                                                    

ade je yang tak kena


Selasa
12/1/2013

Hari ni rasa aku rasa penat sangat.Bangun awal pagi bersiap-siap nak pergi daftar asrama.Awal jugak la aku sampai.Bila sampai je tempat pendaftaran dah ramai dah orang kat situ.Lepastu aku duduk la kat situ.
"Asal la lama sangat kene tunggu"

Semua orang yg datang lebih awal daripada duduk je.Aku masuk la kat dalam dewan tu. Tanya orang yang bekerja kat situ."Akak lama lagi ke pendahtaran.Pukul berape ye start"Nanti ktorang panggil .Akak tu cakap.
Aku pun kuar la daripada dewan tu. Dah tunggu punya tunggu.Aku masuk je kat dalam dewan tu ,walaupun belum lagi waktunya. Duduk la kat dalam dewan .Dah selesai semua hal pasal kat dewan tu..  Dah amek kunci semua Aku pergi la kat asrama yang ditetapkan tu.. "Aku sorang je ke baru sampai mane yg lain."Takut gak sape je housemate aku kan.Aku ngan parents aku cek la kalau ade ape2 yang rosak.. Pintu dapur dalam keadaan bahaya,, dalam hati "selamat ke aku duduk sini".Pintu utama kunci pintu patah dan rosak.. Aku buatla aduan. . Ade kerosakan..

Satu lagi hal.Mase dah selesai kemas2 bilik aku tu aku nak balik rumah. Lepastu aku ingatkan dah bwak sekali kunci bilik ngan aku,rupa-rupanya kunci tertinggal pulak dlm bilik.Pintu tu aku dah kunci dah.Aku amek la bende yang mampu melembutkan pintu tu ,mane la tau . Aduii... tak berjaya aku nk bukak pintu.Dah malas sgt nak fikir aku balik je rumah... lantak la ape yang nak jadi. Tapi aku doa2 sangat kunci aku berada dalam keadaan yang selamat kat dalam bilik tu..
Sedih jugak sebab aku tak dapat nak satu rumah dengan housemate aku mase sem1.. Diorang dah macam adik-beradik aku.Ape2 pun kitorang sentiasa bersama.
Tapi kenapa asrama aku jauh sangat dari kampus aku.. nak ulang-alik g blajar.. Dugaan2..
Hari seterusnya aku doakan bertambah baik dan tenang..



Ka

MY CLASSMATE



Selasa
25/12/2102

.... Ahhhh... habispun SEM 1 .Alhamdulillah









Resepi tart telur


Ahad
23/12/2012






 BAHAN-BAHAN

Pastri
-500gm tepung gandum
-1 stgh cawan marjerin
-1 sudu besar lemak sayur
-2 sudu besar gula
-1 biji telur

Bahagian dalam(kastad)
-1 cawan susu cair
-4 biji telur
-1 cawan gula
-1 cawan air biasa
-1 sudu besar tepung kastad
-1/2 sudu esen vanilla


Cara membuat Pastri
1-Gaulkan semua bahan kecuali telur
2-Masukkan telur dan gaul rata
3-Canaikan setebal 1/2 cm sebelum membentuknya bulat
4-letakkan kulit tat ke dalam acuan yang kecil
5-cucukkan acuan tadi (untuk menghilangkan gelembung angin)
6-Bakar selama 10 minit pada suhu 180c
7-keluarkannya dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
8-Bakar balik 5 minit
9-Sejukkannya... dan hidang

Cara membuat Kastad
1-Gaulkan semua bahan perlahan-lahan sehingga sebati
2-Tuangkan ke atas kulit tat yg telah dibakar separuh masak.





cute la cupcake ni !!!!



Ahad
23/12/2012



Doa Memohon Kejayaan





"Ya Allah, aku memohon kepada Mu kemurnianiman dan akhlak terpuji, serta kecemerlangan yang disertai kejayaan dan aku memohon curahan rahmat, kesihatan, pengampunan dan keredhaan daripadaMu."

"Couple".... "single"....


Ahad
18/11/2012




                                "Assalamualaikum "
                                        "   Waalaikumsalam"



Dalam hidup linda!!
Aku tak pernah lagi bercouple......(who cares ? )
Macam mane ye ??? "Aku pernah berkawan dengan lelaki !!! lepastu dia ada ajak couple ,itu pun mase darjah 5.. Tapi mase tu aku tak anggap ni sudah bercouple.. Itu cerita budak.Belum lagi diishtiharkan sudah "couple" .Main-main ,,,memang tak tau ape ape."Faham kot maksud aku ni kan "
Maksudnya disini aku masih belum pernah bercouple kan.

AKU sebenarnya tak pandai nak bekawan ngan lelaki. Aku malu ngan lelaki. Bila dengan lelaki kan aku kekok.Aku tak tau nak wat ape. Apatahlagi dengan orang yang aku minat. Tunduk bawah jela memanjang. Tak berani nak pandang muka. ihihi.

"Entah."

Sekarang umur aku dah 18 tahun,masih belajar,dan tinggal kat hostel kat tempat dimana aku belajar la . gitu. 
Kawan kebanyakannya dah bercouple. Bila tengok diaorang on call dengan BF ,,dalam hati " Sweetnya diaorang" .  Aku tak jeles !!

Macam mane perasaan bercouple ha . " kuno nya aku ni .

Pernah jugak tanya housemate .. " Best tak couple",
               ada jugak tanya " Macam mane korang boleh kenal ye.. aku tak faham la pasal cinta ni".
               ada jugak macam ni " Emm nak tanye la tapi aku segan !!!! Korang mase first2 couple               
               macam mane ye .Malu-malu ke .... senyum-senyum cam tu ke??? 

Sekejab . ada cerita menarik ni.
Ada satu cerita ni dimana ditempat aku bekerja 

Dia adalah adik kepada kawan sekerja aku ..
First aku kerja , aku tak pernah jumpa dia lagi.Dalam  seminggu aku kerja , aku ternampak dia malam-malam . Dia nak ambil kakak dia .Mase tu aku tak kenal dia lagi siapa. 

Aku kat cashier. Aku tengah berdiri ni.
Lepastu ternampakla sorang laki masuk. Mase tu dia tengah senyum. Macam biasa la kalau ada customer datang aku memang senyum.. Aku senyum la kat dia. Dia bukan nak senyum kat aku balek. Macam mane nak cakap ye. Dia senyum tapi tak pandang aku .ehehehe..

First aku pandang dia!!!! hanya Allah je yang tau perasaan aku mase tu..
Dalam hati " Hensem" Comel la muka dia " Tinggi pun ada " ...

Dalam tengah berangan tu ,, aku tersedarla jugak. Aku tanya kat dia ." Ye nak cari siapa...
Tahu dia buat apa " Dia pergi cam tu je cari kakak dia.. Malu aku. Dia tak perasan kot. Suara aku cam malu -malu.ehehe .Mase tu aku tak tau lagi dia adik kepada kawan sekerja aku. Mase dia jumpa kakak dia!!!! Hati aku macam pecah. Lepas adik dia keluar ,,aku ada tanya kakak dia. " Pak we ke ??

"Eh mane ade.Adik aku la " Kakaknya jawab la .
"Adik kau comel la. Aku suka tengok dia senyum." Aku cakap kat kakak dia tu.

Wah hati aku senyum tau!!!! gembira betul.


Esoknya dia datang lagi macam biasa nak amek kakak dia . Hari - hari aku le jumpa dia.
Malamtu pukul !!!! 9.45. Waktu biasa nak kemas barang-barang bawak masuk. Laki tu selalunya tunggu kakak dia kat luar .Masa nak bawak masuk barang tu.Nak keluar ke tak nak.Nak keluar ke tak nak. Adoiiiii .. Keluar jela. Dia tak tau pun aku minat kat dia. 

Satu persatu barang aku bawak masuk. Tolak barang....tolak barang. Aku curi curi pandang dia. Aku ingatkan dia pandang tempat lain. Mata kitorang terpandang. Apalagi aku senyum la kat dia.Dia senyum balek woiiiii !!!!

Macam biasa mak aku amek aku keje lambat.. Jadi aku suruh kakak dia temankan aku tunggu sampai mak aku sampai. Time tu first time jarak kitorang dekat la jugak. Aku duduk hujung,,ade 2 orang kat tengah,lepastu dia duduk hujung.ehehe...Hari hari macam tu. Tapi tak ada ape ape pun.Kita orang bukan nya cakap pun senyum senyum je..

Ada satu tu kakak dia ade crite pasal dia.. Semangat aku nak dengar.Semua pasal dia,kakak nya crite kat aku..Kakaknya crite."Linda kau nak tau tak, Adik aku taye . "Kakak Linda tu ade lesung pipit ye ??. Mana kau tau. adala jeling-jeling.

Aha dalam hati lebar aku senyum. Dia tengok aku senyum !!!! touched tau .

Kakak dia tanya aku, "kau nak kenal ngan adik aku ke " kalau ye aku bagi no ko kat dia..
Aku angguk je. Dalam hidup aku,, aku berhati - hati sangat nak bagi no. Tapi dengan dia,,aku terus bagi.. Nampak sangat aku suka dia.

Malam tu jugak lepas balek keje,dia terus mesej aku. Serius. Aku kenal no tu. Tapi aku saja buat-buat tak kenal. Aku balas mesej dia.


                                 Sape ye. Tak kenal. 
 dia jawab 

                                dah tau mahu lagi taye


aku balas 
                                cepatla sape ni.



hari-hari mesej ....(waktu malam je lepas balek keje)
mesej
mesej.
mesej.
mese


lame kemudian,,, "dia taya suka sama saya "
lama gak la aku jawab,,, "suka " Time tu jantung aku!!! faham-faham je.
dia tanya"suka macam mana"
aku jawab " cinta"

Sepanjang kitorang kenal.kitorang tak pernah jumpa, tak pernah call,mesej je. Dalam mesej kitorang berani cakap. Tapi bila jumpa kat tempat kerje tu tak cakap pun. Senyum je. 

Dah lama lama tu. Dia susah nak mesej. Aku slalu tunggu mesej dia. Dia cakap x ade kedit. Lama nye tak de kedit. Aku fikkr positif ye. 

Selepas sebulan aku berenti keje kat situ. Kitorang dah tak contact da.

Ini bukan couple kan ???
bagi aku bukan..

Sebab tu la aku cakap dalam hidup aku,aku tak pernah couple.

Aku menginginkan hubungan yang betul - betul . Sampai bila-bila. Aku tak suka la. Couple ,putus,couple putus. 

Aku lebih suka berkawan.
Couple lepas kawen pun romantik jugak.

Aku nak lelaki yang sorang . Sorang je dalam hati aku. Tak ade yang lain. Dia la yg pertama dan akhir. Hubungan yang ada perasaan cinta yang jujur sampai bila-bila dan matang dan serius. 

Aku tak nak dipermainkan.


So!!!!!!!!!! INI LA CITENYE..


SINGLE!!!!!
Ouhh... single memang syok.. tak yah fikir nak jaga hati Si Dia. kan kan.. 
Sekarang ni aku lebih suka single... Tak nak la couple lagi.

Aku betul-betul nak lelaki yang betul-betul ikhlas . itu je .

MEROKOK!!!!!
I hate this....  Tak macho la. Sape cakap lelaki merokok macho. Saye tengok buruk la.. 
Sedap ke rokok tu . Rasa apa !!!! Hiiiii... bau asap pun aku dah batuk-batuk..Uhuk uhuk.


Oke Bye.