Tutorial : satu post 1 page


khamis
31/05/2012

     Assalamualaikum
sihat semuanya!!!
Hari ni linda nak buat tutorial macam mana nak jadikan satu post dalam satu page .
Tutorial ni senang sangat.Lagi satu tutorial ni antara yang paling pantas saya buat.haha

" aku pun boleh buatla"!!!

jom-jom.

1) dashboard > design > blog posts > edit

       
               faham tak ?
cuba tengok gambar  kat bawah ni :-



 2)ok !! jangan lupa save tau ?
         senang kan ... cuba tengok jadi tak .
             mesti korang tersenyum kan ,yela dah buat satu post dalam 1 page !he 
                                        BYE BYE ........................


Tutorial : letak cursor comel dalam blog



Selasa
29/05/2012

Assalamualaikum!!! 
Linda dah balik !!! hehe.. 
korang.Korang tau tak macam mana ye nak dapatkan cursor-cursor yang 
comel? ... boleh ajar tak ..

1) mula -  mula  pergi dekat link kat bawah ni  

                   tekan    >> link ini <<

2)  kat situ ba....nyak pilihan cursor yang cute -cute.Tekan cursor yang korang suka .

3) lepas picit icon kesukaan , dia ada bagi code

4)Copy code yang diberi macam kat bawah

5) dashboard > design > HTML / JAVA SCRIPT
6) PASTE kan code tu dekat HTML/JAVA SCRIPT korang .
7)ok siap ..


                                 
                                         






I'm coming




sabtu
26/05/2012
KOLEJ POLY TECH-MARA KUANTAN
gambar amek kat google..







asrama POLY TECH MARA KUANTAN....




 




Tutorial : icon comel dalam post








:c:Assalamualaikum....:c:

:59:Saya nak ajar macam mana nak letak icon dalam post.:79: Alang-alang buat tuto pasal icon comel ni,saya pun letak la sekali icon kat dalam tuto saya ni.:131: Aa....cute tak icon ni ... :21: .Banyak lagi sebenarnya icon yang ada.Jom cepat-cepat dapatkannya sekarang.

:60:Sebelum itu amaran penting tutorial ini just untuk pengguna Google chrome saja tau.Pennguna Mozilla Firefox juga boleh dapatkan icon comel ni tetapi ada cara-caranya yang tersendiri . Sesiapa yang guna Mozilla Firefox yang nak sangat icon ni ,Lyysasecret ada caranya >> pergi sini << .

Okey jom mulakan sesi icon kita...
linda nak kredit kat nas adila .:face19:



acara install menginstall k .. picit link ni >> http://userscripts.org/scripts/show/68559 <<

nanti dia keluar macam ni and ikut step dia.



pencil


tekan add
emulation has been added to chrome.








install ketiga -tiga link kat bawah ni pulak ..caranya sama macam kat atas.








Dah siap install semuanya ...pergi dashboard >> setting then scroll ke bawah dan ada jumpa

Global setting >> old editor >>save setting.


nak tengok icon tu kat mana ??? pergi

:88: New post


then automatic dia keluar macam ni ...



Ok da siap !!!! gunala puas-puas icon comel tu ye..Tapi jangan guna sampai penuh satu post..Nanti mata orang yang tengok pun boleh juling..
K,Bye




tULISAN saYA: This Is Not Hijabi



tULISAN saYA: This Is Not Hijabi: Assalamualaikum ^-^ Hari ni saya nak post pasal 'THIS IS NOT HIJABI' . ecehh saya pula. Sometimes ade lah juga ternampak orang yang berfe....... post dari:http://nooruldebisa.blogspot.com/2012/05/this-is-not-hijabi.html

tengok dekat atas tu,cara pakaian ape bende tu..Pakai legging ,tapi .................
Sama2 kita ambil iktibar #NoteToMyselfToo :') 

tambahan dari saya : pernah juga linda nampak orang berpakaian macam ni ,,,tapi lagi dahsyat la daripada ni..eh..he.. jangan pakai macam ni nanti orang tu  ada yang perasaan "eh ada orang pandang-pandang aku la"..padahal orang pandang atas sebab lain...dalam hati ada "tak malu ke dia pakai macam ni" Linda just nak terus terang apa yang linda rasa bila nampak orang pakai macam ni ..Sebab linda manusia biasa dan ada juga orang yang berpendapat macam linda kan!!... ikhlas dari hati yang jujur.  
http://nooruldebisa.blogspot.com/2012/05/this-is-not-hijabi.html
                                                                   
                  


Tutorial : jenis-jenis border (post title,blockquote,title gadget)



  isnin
21/5/2012

Disini terdapat macam2 jenis border ...
Okey kita mulakan kursus kita la ye ..kursus free!!



border-bottom: 4px dashed #000000;


border: 3px solid #000000;
          border-top: 3px solid #000000;
border-bottom: 3px solid #000000;


border: 3px solid #000000;
-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;


border: 3px solid #000000;
-moz-border-radius: 1em 4em 1em 4em;
border-radius: 1em 4em 1em 4em;

border-top: 3px solid #000000;
border-bottom: 3px solid #000000;


border: 3px solid #000000;
-moz-border-radius: 1em 1em 4em 4em;
border-radius: 1em 1em 4em 4em;


border: 3px solid 000000;
-moz-border-radius: 4em 4em 1em 1em;
border-radius: 4em 4em 1em 1em;


border-top: 2px dashed #000000;
border-bottom: 2px dashed #000000;
border-right: 6px solid #000000;
border-left: 6px solid #000000;


-moz-border-radius-topleft: 20px;
-moz-border-radius-topright: 20px;
-webkit-border-top-left-radius: 20px;
-webkit-border-top-right-radius: 20px;
-top-right-radius: 20px;
border-top-left-radius: 20px;
border-top-right-radius: 20px;
border-bottom: 
8px solid #000000;


border-top: 2px dashed #000000;
border-bottom: 2px dashed #000000;
border-right: 6px solid #000000;
border-left: 6px solid #000000;
   -moz-border-radius: 1em 1em 1em 1em;
    border-radius: 1em 1em 1em 1em;


border: 2px dashed #000000;
    border-top: 
2px dashed #000000;
border-bottom: 
2px dashed #000000;
border-left: 
8px solid #000000;


border: 2px dashed #000000;
-moz-border-radius: 0.5em 0.5em 0.5em 0.5em;
border-radius: 0.5em 0.5em 0.5em 0.5em;
    border-top: 2px dashed #000000;
border-bottom: 2px dashed #000000;
border-right: 10px solid #000000;

nota tangan ajaib:


aaaaa:ketebalan border(semakin tinggi nombor semakin teballah ia)
aaaaa:jenis border / line tepi (boleh tukar >>> solid , dashed , dotted
aaaaa:ha.. itu warna (ikut kesukaan la ye) 


code saya kat atas semua warna hitam  .tak suka warna hitam,boleh tukar ,,saya suka cari warna kat >>warna<<
ahh penatnya.... !
okey.Suka yang mana satu ....

K.bye...







Tutorial : hilangkan tarikh atas post title


isnin
21/5/2012


Hai !! saya nak tunjukkan macam mana nak hilangkan tarikh kat atas post title.
Saya tahu tuto ni pun sebab saya main selongkar je saya punya blog ..Tak sangka pulak apa yang saya picit tu untuk hilangkan tarikh. Saya gerenti memang dah ra....mai yang tahu.. ok ...

1) Pergi Page Elements !!!... Then keluar macam kat bawah & ikut step dia k..






  4) OK dah siap ,,,save tau !! Mustahil kalau tak jadi.

majlis perkahwinan sepupu







Tutorial : Centerkan header





 1) sign blogger ye > cari Design > Edit Html 
 2)Jangan lupa tekan   > Expand Widget Templates  
 3)cari code dibawah ini . Mudahkan pencarian dengan memicit   ctrl  dan F  serentak .
  

                                        /*Content


4)copy code kat bawah pula dan pastekan di atas  (  /*Content   )


.Header img {  margin-$startSide: auto;  margin-$endSide: auto;}



Cuba tengok gambar kat bawah .




5) Preview dulu tengok jadi tak .Then ,dah jadi save K.

Hati ku ada Dia(BAB2)



<<<<  Bab 1
          
              “Assalamualaikum bos”sambil-sambil itu mataku menari-nari mencari kelibat Rizal untuk memastikan kehadiran lelaki   itu .Ohh nampaknya batang hidung dia pun aku tak nampak.Aku pasti lelaki itu tiada disini.Ingin sahaja aku bertanya kepada majikanku dimana Rizal.Tidak mungkin ,tidak mungkin,aku memang dah gila.Macam mana kalau maknya berfikir  yang bukan-bukan pasal perhubungan kami.
Aku terus melangkah dan tiba-tiba aku dapat merasakan ada yang memerhatiku dari belakang.Aku terus menoleh ke belakang dan jantungku bagaikan terhenti.
            “Kenapa.Cari saya ke”soal lelaki itu dengan kening sebelahnya terangkat.Lelaki itu memandangku  dengan senyuman  yang sukar dibaca.
“Bila pula lelaki ini ada dibelakangku?”Soalku sendiri di dalam hati.Aku berlalu meninggalkan lelaki itu dibelakang dan sempat ku kerling wajah betapa hensemnya dia.Tapi aku tidak tahu mengapa hatiku boleh menyukainya sedangkan dia seorang yang suka mencari kesalahanku semasa di sekolah.. Ha !!hati ini tidak boleh dipaksa. Ya memang tidak dapat dinafikan betapa wajahnya amat hensem sekali.Memang patut ramai budak disekolah menyukainya. Ohh!!My hero..Alangkah indahnya jika  kau jadi penyeri hidupku.

                “Mama!!”.. Lelaki itu memanggil mamanya.Aku hanya menumpukan terhadap kerja-kerjaku.Tidak ku pandang wajah itu.Sesekali telinga aku yang nipis ini ingin sahaja mendengar apa yang dibualkan mereka .
                “Ye Riz?”panggilan lelaki itu disambut oleh mamanya.
                “Siapa nama pekerja mama tu? “Ish saja-saja je.Dah tahu buat-buat tak tahu pula.Soalan itu membuatkan hatiku berasa sedikit geram.Tak ade la geram sangat.Dia kan lelaki yang telah mencuri hatiku.
                “Ohh!!tu.Namanya Maya.Kenapa Riz?”Jawab mamanya sedikit pelik dengan pertanyaan anaknya.Tanganku  menyangkut pakaian sementara  telingaku  kudekatkan kearah mereka  untuk menanti jawapan Rizal.
                “Nothing.”jawab lelaki itu sepatah.
Itu aje.Bersungguh-sungguh telinga aku menanti jawapan dia.Itu sahaja jawapan yang keluar?Aku terus memfokuskan terhadap pekerjaan ku.Tak lama lagi beres la kerja aku.Cepat siap cepatla aku boleh makan.

                Jam ditangan ku kerling .Dah pukul 6 petang ni .Mana mak ni tak sampai lagi.Dari dulu lagi ,Mak la yang sentiasa menghantarku kemana saja aku mahu pergi.Wanita itu tidak membenarkanku memandu .Menunggang motosikal pandai la jugak aku bawa.Tapi  hati ini Cuma tak yakin bila menunggang di atas jalan raya .Sementara menunggu aku pergi ke restoran sebelah untuk membasahkan tekakku yang kering.Jam ditangan ku kerling lagi dan mataku mengintai di jalan untuk melihat kelibat mak yang masih belum tiba.Selepas siap kubayar minuman tadi,lantas aku berdiri di tepi jalan,mana la tahu aku terlihat mak yang ingin mengambilku.
Aku toleh ke kanan dan kulihat kelibat kereta Mercedez yang menuju ke arahku.Berteka-teki di otakku.Siapakah dia?Di sebalik cermin kereta yang gelap ,tidak dapat aku lihat dengan jelas.Kereta itu betul-betul berhenti dihadapanku dan cermin kereta itu diturunkan.

Mataku bulat melihat lelaki yang berada didalam kereta itu.Rizal?Jeritku dalam hati.Kenapa dengan dia.
“Maya awak tak balik lagi?”Lelaki itu mendongakkan kepalannya dari dalam kereta .Aku hanya diam sahaja ketika itu  kerana sebelum ini dia tidak pernah memanggil namaku.Maya!Dia panggil aku Maya.Mimpikah aku?Tapi peliklah..Suaranya memanggil namaku membuatkan jantungku berlari-lari laju.Dup Dap Dup Dap..
“Maya”Lelaki itu memanggil namaku dengan nada yang kuat dan membuatku tersedar dari lamunan.
“Ye…Ri..”susah untuk aku menyebut nama itu.
Lelaki itu pantas keluar dari kereta dan meletakkan dirinya dihadapanku..Aku hanya memandang bawah sahaja tidak berani aku tenung wajah lelaki itu.Lelaki itu buat apa!kenapa tak bersuara.Lantas ku palingkan kepalaku keatas dan kulihat dia hanya memandangku dengan pandanganya yang terpaku.Badanku bagaikan terkaku melihat dia ketika ini..
“Jom saya hantar balik”ajak lelaki itu
“Aa,,…ta…k tak ape.”Jawabku dengan sedikit gagap.
“Mak saya ambil nanti.”Sambungku lagi dengan memandang arah lain.
                Lelaki itu kulihat membuka pintu kereta dibahagian hadapan.Tindakan lelaki itu hanya ku lihat sahaja.Dia nak hantar aku balik?
                “Naik la saya hantar balik”.Pelawa lelaki itu.
                 “AA..Taka pa la .Terima kasih ..”aku menolak pelawaan lelaki itu.
                “Cepatlah saya hantar …da petang sangat ni.Awak tahu tak kat sini banyak kes orang kena raguT,rogol”Ujar lelaki                            itu seperti ingin menakutkanku.Aku terus menoleh kearah lelaki itu dengan pandangan yang terkejut.
Lelaki itu mengajakku untuk masuk ke dalam kereta lagak seperti seorang putera yang menjemput si  puteri.
Lebih baik aku ikut dia sahaja.Mak pun tak jemput dari tadi.Dah 30 minit aku tunggu.Lantas dengan teragak-agak aku  masuk kedalam kereta yang dibuka lelaki itu.
                 “Terima kasih”Ucapku.Lelaki itu hanya tersenyum.Wah ,,sukanya aku tengok dia senyum.


      Didalam perjalanan tiada perbualan antara kami.Aku hanya memfokuskan ke arah jalan.Sesekali aku menolah kearahnya   sekilat .Kenapa dia asyik pandang aku je?.Mungkin benar apa yang dikatakan Ima sebelum ini yang lelaki  ini menyukai aku.Berlegar-legar otakku di saat ini.Otakku pantas menidakkan yang lelaki itu menyukai aku.Tidak mungkin dia suka aku.Dia siapa?Aku siapa?Taraf kami berbeza .Bagaikan langit dengan bumi.


                    "Terima kasih sebab hantar saya".ujarku dengan malu-malu.Lelaki itu hanya tersenyum dan berlalu pergi.Pelik betullah lelaki ini asyik senyum saja,Sebelum ini penyakit panas baran,sekarang penyakit senyum pula.penyakit terbaru dia kot?



                                                                                                                                                                    kataheartlinda,blogspot.com
                                                                                                                                                                                              linda isa
                                                                                                      

                                                                                                                                                         

Hati ku ada Dia (BAB1)





Hai..nama aku maya ...Aku anak tunggal.Nama panjang aku Sari Maya.Aku paling tak suka orang panggil aku sari kerana nama itu macam nama zaman dulu.Tetapi aku harus bersyukur kerana nama itu diberikan ibu dan ayahku.Sedihnya!! Insan yang bernama ayah itu tidak sempat berkongsi kegembiraan bersama ibu ketika aku dilahirkan.



"Ahh... da pagi da ke.. malasnya nak bangun!!baju sekolah dah la tak gosok lagi.. Nasib baik kerja sekolah matematik yang diberikan oleh Cikgu Fida sudah aku siapkan..Kalau tak siap habisla aku kena berdiri kat luar kelas" .Dengan malas aku ke bilik mandi untuk bersiap-siap ke sekolah .. 

 Tabiat yang paling meletup yang susah aku nak kikis ialah bangun pagi..  Kalau bab bangun pagi aku memang malas ..kalau aku tak bangun juga mulala suara gurun memekakkan telingaku siapa lagi kalau bukan mak aku yang paling cantik di dunia..Tetapi suara gurun tu jugala tempat aku mengadu kasih.


"Ima !!!"

jeritanku menyebabkan semua orang yang berada didataran perhimpunan itu memandang tajam ke arah aku .Lalu aku terus menerpa ke arah kawan baikku itu dan memberikan satu pelukan yang istimewa buatnya..

"Awalnya kau sampai Ima"..kataku selepas meleraikan pelukan dari tubuh Ima yang kecil itu.

"Kau macam tak tahu pulak aku kan naik van ,kalau tertinggal van aku nak naik apa"Kau senang la mak kau ada boleh tolong hantarkan."

"Alolo kesian nya dia !!sorry...Ha kerja yang diberikan oleh Cikgu susuk kau dah siap? Sebenarnya nama Cikgu susuk itu aku cipta khas buat Cikgu Fida..Satu kelas takut dengan dia .. Garang pun tahap tinggi gunung kinabalu la ..

"Aku kan rajin !!mestilah kerja aku tu dah siap"Dengan bangganya Ima menjawab dan kami berlalu pergi ke kelas..

            "Yela-yela kau rajin."sambung ku lagi acu tak acu..


"Cikgu susuk datang!!!!cikgu susuk datang!!!...." Jeritanku memenuhi ruang kelas yang menyebabkan rakan sekelasku cepat-cepat mengambil tempat duduk masing-masing.



Satu kelas dah tahu nama gelaran yang aku cipta buat Cikgu Fida..Mereka pun memanggil cikgu itu "cikgu susuk" . 


"Auchhh"

Ish … gergasi mana yang langgar aku ni.. kelam kabut betulla..

"Kau jalan pakai mata ke pakai kepala ha"Jerit lelaki itu kepada ku..Semua yang berlalu disitu memandang kami .Aaaa... !!

"Ish dia yang langgar aku .Sepatutnya aku yang marah."kata-kata itu hanyaku luahkan saja di dalam hati sahaja.

"Aku jalan pakai kaki la ..."Jawabku perlahan dan tidak kupasti sama ada dia dengar atau tidak..

"Apa" 
jerit lelaki itu lagi seakan mendengar apa yang aku bicarakan sebentar tadi

"Ha" aku mendongakkan sedikit kepala ke arahnya..lantas melarikan kembali mataku ke arah lantai
        Alamak hensemnya!!

"Ish" Dengus Rakan sekelas aku yang bernama Rizal itu berlalu pergi dan sempat menjeling tajam kearahku..

"Apasal pulak mamat ni jeling-jeling aku"rungutku .

Asal dengan dia ha.. Hi geram betulla.. Dia yang langgar aku kan,sepatutnya aku yang marah tadi..Tapi aku musykil la,dia bukan pendiam ke .Aku tahu dia pendiam sebab aku tak pernah bertegur dengan dia dalam kelas.Yang aku tahu la kan dia tak bergaul dengan perempuan..Ha lantakla kau .Apa aku kisah pasal kau.Tapi kan bila sesiapa je yang tertengok ke ,ter lalu ke depan dia ..mesti cair punya..Yela !!orang hensem la katakan.


"Maya !!mak dah daftarkan  Maya kat kelas tuisyen. Lusa, Maya dah boleh mula kelas tuisyen tu. "Rancangan mak yang tidak pernah kutahu terkeluar dari mulut ibuku yang sambil menyapu sampah dihalaman rumah.

"Oh !!yeke mak.Mak tak pernah pun beritahu Maya tentang ni? Erm walau apapun mak ! Maya ikut je. Baguslah kalau Maya pergi Tuisyen ,boleh belajar ramai-ramai sebab belajar kat rumah bosan.Sorang-sorang je . "Dengan manjanya aku menjawab dan kutenung ibuku yang mengelap peluh di dahi.


"Maya,mak kau ada bagi tahu apa-apa tak pasal Tuisyen?Mak aku suruh aku pergi kelas Tuisyen tu". Mulut Ima muncung ketika bertanyakan soalan itu kepadaku.

"Ada.Mak aku dah daftarkan da.Esok mula la kelas tu. "Dengan pantas aku menjawab pertanyaan wanita kecil itu.

"Ala!!yeke..kau pun pergi kelas Tuisyen tu juga? Ish menyesal aku tau ..Aku dah tolak mentah-mentah rancangan mak aku tu sebab aku lebih suka belajar kat rumah.. Eh..eh aku tak menyesal"Jawab Ima sambil kepalanya digelengkan laju..

"Ima , kau seorang aje kawan baik aku yang ada.Tapi apa nak boleh buat kau memang susah kan nak keluar rumah.Cuaca kat luar panasla .Macam-macam. "Nada suaraku semakin meninggi.

"Haha..memahaminya kau ! Sayang aku kat kau"Okey  aku nak pergi bilik guru sekejab.Kau temankan aku.. "Lantas tangan Ima menarik laju tanganku ..



Hari ini ..hari pertamaku di Kelas Tuisyen Permata..Macam mana la cikgu aku tu ye.Seiras macam Cikgu susuk tak! Hi ..jauh-jauhkanlah..Boleh sakit jiwa aku ni sebeb stress sangat.

"Assalamualaikum!! " ucap ku ketika kakiku lantas memasuki kelas yang dihiasi indah itu.

"Waalaikumsalam" Jawab cikgu yang bernama Cikgu Maaruf.Nama itu aku tahu dari nametag yang terlekat kemas di baju kemeja kepunyaan lelaki itu.

"Perkenalkan diri saya!Nama saya Ima. Long name Sari Maya Binti Hamdan. " Perkenalku kepada semua yang berada di dalam kelas .

"Okey Maya! Memandangkan awak orang yang terakhir sampai! Tu ada satu aje tempat duduk yang kosong. "Bicara lelaki yang bakal mengajar aku sebentar lagi..Sebenarnya tadi masa aku masuk ,memang dah mula waktu belajar!Aku memang lambat sampai . Aku tertidur kat rumah sampai bunyi jam yang macam gunung berapi tu pun aku tak sedar.

Belum sempat aku ke melangkah ke tempat duduk itu,lelaki yang melanggar aku tempoh hari memandang aku dengan renungan yang tajam.Mata kami bertembung antara satu sama lain.Mamat ni pun tuisyen kat sini ke?Kecilnya dunia.Aduh!!aku kena duduk sebelah dia ke?Ya Allah Engkau lindungilah aku.

Dengan teragak –agak aku menarik kerusi disebelah tempat duduk singa itu lalu ku jarakkan kerusi aku jauh dari singa garang itu.

"Asal singa ni asyik pandang aku je .Ke!matanya memang macam tu.Juling barang kali? "bisik kecilku di dalam hati.

"Ehem… "

Aku memandang lelaki disebelahku itu dengan jelingan.Apasal lah singa ni,tak focus aku nak belajar.Dia pandang aku jeke dari tadi.Maya kau jangan nak perasan..

"Kau" lelaki itu bersuara.

"Awak cakap dengan saya ke? "Pantas aku memandang lelaki hensem itu..

"Erm"jawab lelaki itu dengan badannya disandarkan ke kerusi dan tangannya bersilang seperti orang yang tengah mencadangkan sesuatu.

"Tu" Tunjuk lelaki itu kea rah bawah meja.Aku terus memandang kearah itu.

"Alamak..maaf-maaf.Saya tak perasan pulak kaki saya terpijak kaki awak"Perasaan gelabah datang tiba-tiba menyebabkan meja aku berbunyi kerana kaki ku tertolak kaki meja.Semua memandang kami.Aku berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

"Kau kan kalau tak buat aku marah boleh tak.Hari tu kau dah langgar aku !sekarang kau pijak kaki aku"

Dengan pantas aku menidakkan kata lelaki itu. "Mana ada saya langgar awak.Awak yang langgar saya.Lepastu tiba-tiba nak marah kat saya.Satu jelingan istimewa aku berikan padanya.

"Ah ada aku kisah kau langgar aku ke ,aku langgar kau ke.. Aku tahu la memang kau yang sengaja langgar aku "Tengking lelaki itu seperti berbisik.. 

Satu jelingan tajam aku hadiahkan kearahnya dan lantas melarikan mataku ke papan putih.Satu senyuman sinis terpampang di wajah lelaki singa itu.



"Ah!!malangnya nasib aku ..Woi singa kenapa kau selalu aja ada kat depan mata aku".Aku merebahkan badan di atas katil yang empuk milikku.
"Maknanya esok aku kena duduk sebelah dia lagi la"rungutku sendirian di dalam bilik yang indah dihiasi anak patung yang comel.



"Ima kau tau tak lelaki rakan kelas kita yang langgar aku tempoh hari tu sama kelas tuisyen dengan aku.Dia duduk sebelah aku kau tau.Dia macam saja je nak cari kesalahan aku.Kalau jumpa aku aje dia nak marah". Dengan semangat aku luahkan segalanya kepada Ima.

"Ha" Bulat mata Ima memandangku
.
"Iyeke Maya.Jelesnya aku!Kau tahu tak ramai budak kelas kita suka kat dia tau.Dahla hensem ,pandai pulak tu.Lagi satu yang aku suka tentang dia .Dia pemalu"Sambung Ima dengan mukanya yang mengeluarkan wajah ceria.

Sambung aku lagi "Apa kau cakap Ima.Pemalu!Hi nak muntah aku dengar tau..Orang macam tu kau cakap pemalu.Macam singa adalah..Nak marah aku je hobinya.. "Tergelak Ima dengan kata-kataku tadi..

"Aku rasa Rizal tu suka kat kau la Maya.Kau kan cantik .. Cuma kau aja yang tak tahu yang kau tu ada secret admire.. "Lagak Ima seperti nenek yang memberi teguran.

"Mengarut! Kalau dia suka aku kenapa dia asyik nak tengking aku aja. " Rungutku lantas mengalihkan wajah kearah Ima yang memasukkan anak rambut yang terkeluar dari anak tudung.

"Aku pasti 100% yang dia sukakan kau. "Tambah Ima lagi seperti peguam yang membantah keterangan pihak lawan.


SETAHUN SELEPAS HABIS SPM
 
Sudah seminggu aku bekerja sebagai pembantu butik pakaian .Haha … pembantu! Bolehla daripada aku tanam anggur kat rumah tu , entah belum tentu setahun boleh tumbuh,lebih baik aku kerja.Jangan terperanjat aku kerja kat sebuah butik yang sangat dikenali.. Majikan aku walaupun umurnya sebaya dengan Mak aku ,,wush gayanya mengalahkan artis dan mak Datin..Tetapi aku bersyukur sangat ,Majikan aku ni walaupun kaya ! dia tetap baik hati ..Sangkaanku pada mulanya jauh kearah negatif .Ingatkan dia sombong.. Jangan tengok pada paras rupa dan darjat je ..hati seseorang tu belum tentu kita dapat tahu sama ada baik atau tidak.

“Mama”.. satu suara lelaki itu kupandang sekilat petir..Baju yang aku pegang hampir kulepaskan dan tak sangka orang yang selalu cari pasal dengan aku adalah anak kepada majikan aku..Terkejut aku melihat lelaki bertubuh tinggi berbadan sasa itu memandang aku dengan senyuman yang mengujakan. Lantas kaki lelaki itu bergerak ke arahku.Mata kami bertaut.

“Kenapa.Terkejut” lelaki itu berbisik di telingaku.. Lantas aku tenung lelaki itu sesaat.
“Awak…”kata-kataku terhenti disitu
“Kenapa dengan saya.Erm!”potong lelaki itu.
“Aaaaa….” Tiada kata yang dapat ku ucapkan ketika itu…


Aku merebahkan badanku ke atas katil kesayanganku.Aku bercakap bersendirian.Kenapa?Kenapa?.... Lelaki itu…Ye memang aku dah mula jatuh cinta dengan lelaki yang bernama Rizal..Sebenarnya masa mula aku sama kelas dengan dia memang aku dah sukakan dia.Perasaanku tiada siapa yang tahu.Semasa dalam kelas aku melihat dia bersembang dengan rakan-rakan lain.Aku tersenyum sendirian waktu itu..Di dalam mengatakan hensemnya dia ,aku tahu dia suka marahkan aku seorang aje.Aku lihat dia tak pernah bergaul dengan perempuan didalam kelas.Ada seorang perempuan yang ingin ajak bersembang dengannya tidak dilayan.. Aku hanya memerhatikannya sahaja ketika itu.. Ada waktu juga aku curi –curi ke wajah yang putih itu iaitu Rizal.

Aa…hatiku kuat mengatakan yang dia telah mencuri hatiku.Tiada yang lain selain dia.Aku orang yang paling bahagia ketika berjumpa dengan dia sewaktu di butik majikanku.

                            >> Bersambung <<

                                                                   kataheartlinda.blogspot.com
                                                                                                                             linda isa