<<<< Bab 1
“Assalamualaikum bos”sambil-sambil itu mataku menari-nari mencari kelibat Rizal untuk memastikan kehadiran lelaki itu .Ohh nampaknya batang hidung dia pun aku tak nampak.Aku pasti lelaki itu tiada disini.Ingin sahaja aku bertanya kepada majikanku dimana Rizal.Tidak mungkin ,tidak mungkin,aku memang dah gila.Macam mana kalau maknya berfikir yang bukan-bukan pasal perhubungan kami.
Aku terus melangkah dan tiba-tiba aku dapat merasakan ada yang memerhatiku dari belakang.Aku terus menoleh ke belakang dan jantungku bagaikan terhenti.
“Kenapa.Cari saya ke”soal lelaki itu dengan kening sebelahnya terangkat.Lelaki itu memandangku dengan senyuman yang sukar dibaca.
“Bila pula lelaki ini ada dibelakangku?”Soalku sendiri di dalam hati.Aku berlalu meninggalkan lelaki itu dibelakang dan sempat ku kerling wajah betapa hensemnya dia.Tapi aku tidak tahu mengapa hatiku boleh menyukainya sedangkan dia seorang yang suka mencari kesalahanku semasa di sekolah.. Ha !!hati ini tidak boleh dipaksa. Ya memang tidak dapat dinafikan betapa wajahnya amat hensem sekali.Memang patut ramai budak disekolah menyukainya. Ohh!!My hero..Alangkah indahnya jika kau jadi penyeri hidupku.
“Mama!!”.. Lelaki itu memanggil mamanya.Aku hanya menumpukan terhadap kerja-kerjaku.Tidak ku pandang wajah itu.Sesekali telinga aku yang nipis ini ingin sahaja mendengar apa yang dibualkan mereka .
“Ye Riz?”panggilan lelaki itu disambut oleh mamanya.
“Siapa nama pekerja mama tu? “Ish saja-saja je.Dah tahu buat-buat tak tahu pula.Soalan itu membuatkan hatiku berasa sedikit geram.Tak ade la geram sangat.Dia kan lelaki yang telah mencuri hatiku.
“Ohh!!tu.Namanya Maya.Kenapa Riz?”Jawab mamanya sedikit pelik dengan pertanyaan anaknya.Tanganku menyangkut pakaian sementara telingaku kudekatkan kearah mereka untuk menanti jawapan Rizal.
“Nothing.”jawab lelaki itu sepatah.
Itu aje.Bersungguh-sungguh telinga aku menanti jawapan dia.Itu sahaja jawapan yang keluar?Aku terus memfokuskan terhadap pekerjaan ku.Tak lama lagi beres la kerja aku.Cepat siap cepatla aku boleh makan.
Jam ditangan ku kerling .Dah pukul 6 petang ni .Mana mak ni tak sampai lagi.Dari dulu lagi ,Mak la yang sentiasa menghantarku kemana saja aku mahu pergi.Wanita itu tidak membenarkanku memandu .Menunggang motosikal pandai la jugak aku bawa.Tapi hati ini Cuma tak yakin bila menunggang di atas jalan raya .Sementara menunggu aku pergi ke restoran sebelah untuk membasahkan tekakku yang kering.Jam ditangan ku kerling lagi dan mataku mengintai di jalan untuk melihat kelibat mak yang masih belum tiba.Selepas siap kubayar minuman tadi,lantas aku berdiri di tepi jalan,mana la tahu aku terlihat mak yang ingin mengambilku.
Aku toleh ke kanan dan kulihat kelibat kereta Mercedez yang menuju ke arahku.Berteka-teki di otakku.Siapakah dia?Di sebalik cermin kereta yang gelap ,tidak dapat aku lihat dengan jelas.Kereta itu betul-betul berhenti dihadapanku dan cermin kereta itu diturunkan.
Mataku bulat melihat lelaki yang berada didalam kereta itu.Rizal?Jeritku dalam hati.Kenapa dengan dia.
“Maya awak tak balik lagi?”Lelaki itu mendongakkan kepalannya dari dalam kereta .Aku hanya diam sahaja ketika itu kerana sebelum ini dia tidak pernah memanggil namaku.Maya!Dia panggil aku Maya.Mimpikah aku?Tapi peliklah..Suaranya memanggil namaku membuatkan jantungku berlari-lari laju.Dup Dap Dup Dap..
“Maya”Lelaki itu memanggil namaku dengan nada yang kuat dan membuatku tersedar dari lamunan.
“Ye…Ri..”susah untuk aku menyebut nama itu.
Lelaki itu pantas keluar dari kereta dan meletakkan dirinya dihadapanku..Aku hanya memandang bawah sahaja tidak berani aku tenung wajah lelaki itu.Lelaki itu buat apa!kenapa tak bersuara.Lantas ku palingkan kepalaku keatas dan kulihat dia hanya memandangku dengan pandanganya yang terpaku.Badanku bagaikan terkaku melihat dia ketika ini..
“Jom saya hantar balik”ajak lelaki itu
“Aa,,…ta…k tak ape.”Jawabku dengan sedikit gagap.
“Mak saya ambil nanti.”Sambungku lagi dengan memandang arah lain.
Lelaki itu kulihat membuka pintu kereta dibahagian hadapan.Tindakan lelaki itu hanya ku lihat sahaja.Dia nak hantar aku balik?
“Naik la saya hantar balik”.Pelawa lelaki itu.
“AA..Taka pa la .Terima kasih ..”aku menolak pelawaan lelaki itu.
“Cepatlah saya hantar …da petang sangat ni.Awak tahu tak kat sini banyak kes orang kena raguT,rogol”Ujar lelaki itu seperti ingin menakutkanku.Aku terus menoleh kearah lelaki itu dengan pandangan yang terkejut.
Lelaki itu mengajakku untuk masuk ke dalam kereta lagak seperti seorang putera yang menjemput si puteri.
Lebih baik aku ikut dia sahaja.Mak pun tak jemput dari tadi.Dah 30 minit aku tunggu.Lantas dengan teragak-agak aku masuk kedalam kereta yang dibuka lelaki itu.
“Terima kasih”Ucapku.Lelaki itu hanya tersenyum.Wah ,,sukanya aku tengok dia senyum.
Didalam perjalanan tiada perbualan antara kami.Aku hanya memfokuskan ke arah jalan.Sesekali aku menolah kearahnya sekilat .Kenapa dia asyik pandang aku je?.Mungkin benar apa yang dikatakan Ima sebelum ini yang lelaki ini menyukai aku.Berlegar-legar otakku di saat ini.Otakku pantas menidakkan yang lelaki itu menyukai aku.Tidak mungkin dia suka aku.Dia siapa?Aku siapa?Taraf kami berbeza .Bagaikan langit dengan bumi.
"Terima kasih sebab hantar saya".ujarku dengan malu-malu.Lelaki itu hanya tersenyum dan berlalu pergi.Pelik betullah lelaki ini asyik senyum saja,Sebelum ini penyakit panas baran,sekarang penyakit senyum pula.penyakit terbaru dia kot?
kataheartlinda,blogspot.com
linda isa
Didalam perjalanan tiada perbualan antara kami.Aku hanya memfokuskan ke arah jalan.Sesekali aku menolah kearahnya sekilat .Kenapa dia asyik pandang aku je?.Mungkin benar apa yang dikatakan Ima sebelum ini yang lelaki ini menyukai aku.Berlegar-legar otakku di saat ini.Otakku pantas menidakkan yang lelaki itu menyukai aku.Tidak mungkin dia suka aku.Dia siapa?Aku siapa?Taraf kami berbeza .Bagaikan langit dengan bumi.
"Terima kasih sebab hantar saya".ujarku dengan malu-malu.Lelaki itu hanya tersenyum dan berlalu pergi.Pelik betullah lelaki ini asyik senyum saja,Sebelum ini penyakit panas baran,sekarang penyakit senyum pula.penyakit terbaru dia kot?
kataheartlinda,blogspot.com
linda isa
No comments:
Post a Comment